Peningkatan Tamadun

Peningkatan Tamadun
Peningkatan tamadun merujuk kepada kemajuan yang dicapai sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. 
Tamadun Yunani
Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya. Kawasan ini adalah dikelilingi oleh Laut Aegan dan laut Medittaranean. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis. Negara ini adalah terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar (1000-800S.M.). Kotanya adalah dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota mempunyai pasar, kubu, kuil serta istana. Negara kota Yunani yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan serta undang-undang tersendiri dan tamadun ini juga mempercayai pada beberapa tuhan. masyarakat Yunani adalah sentiasa bersatu padu tetapi peperangan kerap berlaku antara mereka.
A. Pemerintahan dan Pentadbiran
  • Athens
Pada mulanya, Athens di bawah pemerintahan monarki, iaitu raja sebagai ketua pemerintah. Raja dibantu oleh dua orang konsul. Peranan raja sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama merosot apabila dua orang konsul semakin kuat, maka bermulanya pentadbiran oligarki. Pemerintahan aristokrasi muncul akibat pemerintahan golongan bangsawan atau aristokrat. Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan aristokrasi telah berlakunya rampasan kuasa, dikenali sebagai tirani atau diktator. Sistem pentadbiran telah dikuasai oleh golongan kaya atau tentera, mereka diberi kuasa mutlak dan bersikap zalim dalam pentadbiran. Sistem demokrasi telah lahir atas tentangan golongan aristokrat.
Dalam sistem demokrasi, Dewan Perhimpunan dan Majlis dikendali oleh warganegara lelaki dewasa. Warganegara lelaki dewasa diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama enam bulan hingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan, Ahli Majlis, Majistret dan Juri dipilih dalam dewan. Segala keputusan dewan dikendalikan oleh Majlis.  
Pentadbiran dalam Tamadun Yunani
  • Sparta
Di Sparta, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik agar melahirkan tentera yang bersemangat patriotik dan handal. 
B. Perundangan
Dewan Perhimpunan berfungsi dalam menggubal undang-undang.
"Negara harus diperintah oleh ahli falsafah 
kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang."
———Plato, dalam karyanya, Republic
C. Perluasan Kuasa
Melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru, corak pemerintahan dan kebudayaan tempat tersebut telah dibawa oleh penakluk tersebut. Pada pemerintahan Philip II, kerajaan Macedonia dan Yunani telah disatukan. Alexander the Great meneruskan penaklukan dengan menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Alexander the Great telah menyebarkan sesuatu budaya dikenali sebagai Hellenistik, iaitu campuran budaya Yunani dan Parsi. Empayar tersebut berakhir dengan kematian Alexander the Great dan kemunculan Rom. 
 
Empayar Yunani oleh Philip II dan Alexander the Great    
D. Peningkatan Ekonomi
Aktiviti perdagangan dijalankan sebagai aktiviti ekonomi kecuali Sparta. Keadaan Yunani yang bergunung-ganang sesuai untuk pertanian. Perdagangan dijalankan melalui jalan laut. 
Athens dan Corinth menghadapi kekurangan makanan kerana kekurangan tanah. Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari timur. Athens juga mendapat bekalan makanan dari selatan dan Laut Hitam. Namun, cukai yang tinggi telah menyebabkan kenaikan harga barangan, ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat lain. 
E. Peningkatan Sosial
  • Pendidikan 
Athens memberi pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaian dari sudut rohani dan jasmani. Pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis dititikberatkan. 
Di Sparta, pendidikan diberikan bertujuan untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara. latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata sangat dipentingkan. 
Sekolah falsafah telah dibina di negara kota. Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani. Ramai sejarawan, pemikir dalam bidang sains dan teknologi telah lahir melalui pendidikan.  

Sekolah Raphael di Athens


Sekolah di Sparta


















Tulisan yang diajar dalam pendidikan Yunani



















  • Falsafah
Ahli-ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato telah membukakan persoalan nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi isu utama.

Herodotus merupakan seorang ahli sejarah yang terulung. Beliau telah menghasilkan karya History of Persian Wars, beliau digelar sebagai Bapa Sejarah.    






Thucydides merupakan Pengasas Sejarah Saintifik dan menghasil karya History of the Peloponnesian War.






Socrates ialah Bapa Falsafah Barat. Beliau mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat dan pengikutnya.
Beliau pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab dan berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarat bahagia.
Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum racun.




Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisannya membuktikan beliau pengikut Socrates. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates. Perkara asas itu ialah persoalan tentang manusia dan masyarakat. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun. 







Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah mencuba mendalami bidang sains dan falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik, sains tabii, astronomi dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia. Antara karya utamanya ialah politics.


  • Sains dan Teknologi
Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba




Pythagoras telah memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon. 









 Hippocrates dikenali sebagai Bapa Perubatan.

Archimedes seorang ahli matematik dan fizik. Beliau telah menyumbang teorinya berhubung kait dengan isi padu air dan graviti.





 Ptolemy merupakan tokoh utama dalam bidang astronomi.
  • Seni Bina

Acropolis merupakan pusat pentadbiran Athens. Dalam acropolis terdapat bangunan yang menarik seperti rumah berhala dan teater.











Parthenon merupakan rumah berhala untuk Dewi Athena dan dibina pada zaman Pericles. Parthenon dibina untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.











Pantheon merupakan tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.





  •  Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa Yunani merupakan bahasa yang digunakan di Yunani. Homer dan Hesiod merupakan antara tokoh sastera di Yunani. Homer menghasilkan 2 epik, Iliad dan Odyssey. Hesiod telah menulis 2 buah puisi, Theology dan Works and Days.   



F. Sistem Sosial

Di Athens, organisasi sosial masyarakat dibahagi kepada 3 kumpulan, iaitu warganegara, bukan warganegara dan hamba. Warganegara memiliki hak dalam bidang politik.

Di Sparta, kelas pertama merupakan warganegara Sparta tulen, kelas kedua pula ialah pekerja, artisan dan pedagang. Kelas ketiga merupakan golongan majoriti yang mengusahakan tanah dikenali sebagai Helot. 


Tamadun Rom
Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, Lembah Latium. Kawasan ini didiami oleh masyarakat Latin. Lembah ini telah berkembang sebagai tempat yang penting pada zaman pemerintahan Romulus. Majlis perbandaran telah wujud di setiap bandar, mereka menjalankan pentadbiran tanpa gangguan pentadbiran pusat. Pelbagai kemudahan telah disediakan, antara bandar yang lengkap termasuklah bandar Pompei. 
Bandar Pompei lengkap dengan pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum. Kemudahan sistem saliran bawah tanah dapat menyalurkan paip sejauh 165km.












A. Pemerintahan dan Pentadbiran
Tamadun Rom ditadbir oleh raja berturunan Etruscan. Masyarakat Latin tidak senang atas pentadbiran raja Etruscan telah memberontak dengan pimpinan bangsawan yang dikenali sebagai patrician. Berikutan juga, sistem republik telah diperkenalkan.
Dalam sistem republik, kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat. 2 orang konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan dalam membincangkan hal pentadbiran negara dan merangka undang-undang. Biasanya, sebelum seseorang menjadi konsul, beliau ialah praeotor. Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat Rom. Segala keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

Julius Caesar meluaskan kuasanya ke beberapa kawasan di Jerman. Pemerintahan berbentuk republik telah berubah menjadi pemerintahan bercorak empayar telah membentuk pentadbiran berpusat. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau telah menggunakan gelaran maharaja dalam pentadbirannya.






Julius Caesar merupakan ketua tentera yang terkenal dan agung kerana kejayaannya dalam beberapa peperangan. Beliau telah dilantik sebagai praeotor pada tahun 62 S.M. dan konsul pada tahun 59 S. M. Beliau diisytihar sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompey namun telah dibunuh oleh penyokong Jeneral Pompey.
Gelaran maharaja diteruskan oleh Augustus Caesar. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom selama 200 tahun yang dikenali sebagai Pax Romana (Keamanan Rom)

B. Perundangan
Undang-undang Rom berbentuk undang-undang bertulis. Undang-undang Rom yang pertama ialah Hukum Kanun 12, undang-undang ini kekal selama 400 tahun dan dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas di tempat awam.

Maharaja Justinian telah mengasaskan pembentukan empayar baru, iaitu empayar Byzantine. Beliau telah memperkenalkan perubahan dalam bidang pentadbiran.


Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang yang dikenali sebagai Undang-undang Justinian atau Kod Undang-undang Rom.







Undang-undang Rom terdiri daripada tiga cabang:

  • undang-undang sivil
  • undang-undang rakyat
  • undang-undang natural (Natural Law)

Dalam prinsipnya, semua manusia sama di sisi undang-undang. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah dan keadilan dikenakan terhadap semua individu. Hukuman dikenakan atas bukti yang cukup.

C. Perluasan Kuasa
Pada zaman pemerintahan Augustus Caesar, beliau telah menubuhkan sistem pemerintahan warisan.

Augustus Caesar ialah anak saudara Julius Caesar. Beliau ialah pengasas  empayar Rom dan memerintah seperti diktator. Beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam Peperangan Actium.   
















D. Peningkatan Sosial

  • Pendidikan

Tamadun Rom menekankan aplikasi ilmu praktikal dan semangat setia kepada negara. Pelbagai kemudahan awam dan infrastruktur.

Pendidikan Rom banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani. Pusat pendidikan dan ilmu yang berkembang secara pesat telah melahirkan jurutera yang mahir membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya. Ahli falsafah dan sejarawan juga dilahirkan dalam menulis kegemilangan sejarah Rom.

Sekolah di Rom

  • Falsafah

Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, kebanyakan falsafah diambil dari Yunani. Contohnya, falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme seseorang ahli falsafah Yunani, Zeno. Falsafah itu membincangkan kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam. Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan.
  • Sains dan Teknologi

Ahli matematik Rom, Boethius telah mengaitkan matematik dari tamadun Yunani dengan muzik, geometri dan astronomi.

  • Seni Bina



Colloseum di Rom
Pembinaannya dimulakan pada tahun 70-an Masihi dan selesai dibina oleh Maharaja Flavian. Colloseum berbentuk kubah dengan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter serta boleh memuatkan 50000 hingga 80000 penonton. Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater. 






Colloseum yang dipandang dari atas.









Aqueduct Rom
Aqueduct ialah saluran air pada zaman tamadun Rom. Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air tersebut. Aqueduct yang paling panjang ialah di Marcia. Air disalurkan melalui dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang (arches). Aqueduct berfungsi berdasarkan sistem graviti.  


  • Bahasa dan Kesusasteraan

Dua orang penulis sajak, Cicero dan Virgil antara sasterawan yang terkenal di Rom. Kesusasteraan Rom berujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme. 

E. Sistem Sosial
Sistem sosial terbahagi kepada waranegara Rom, bukan warganegara dan hamba. Warganegara Rom terdiri daripada orang Rom dan bukan warganegara ialah penduduk yang ditakluki.   

Tamadun India
Kedatangan orang Aryan telah membawa keruntuhan kepada Tamadun Indus. Orang Aryan telah membawa satu budaya dikenali sebagai Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan agama Hindu.
Kerajaan dibahagi kepada janapada dan mahajanapada. Chandragupta Maurya telah menyatukan semua kerajaan kecil dan melahirkan empayar pertama di India. Dinasti Maurya mencapai kegemilangan pada pemerintahan Asoka.

A. Pemerintahan dan Pentadbiran
Raja berkuasa mutlak dan merupakan lambang suci yang harus dihormati. Golongan Brahmin berperanan sebagai penasihat raja berikutan dengan golongan Ksyatria.
Empayar Maurya diberikan nama sempena dengan Chandraupta Maurya. Kelahiran empayar telah mengubah status raja kepada maharaja.
Dinasti Maurya mencapai zaman kegemilangannya pada pemerintahan Maharaja Asoka yang menggantikan ayahnya, Bindusara. Asoka lebih menekankan penyebaran agama Buddha selepas Perang Kalinga.
Perang Kalinga berlaku pada tahun 261 S.M. dalam usaha Asoka mewujudkan sebuah empayar yang agung. Sebanyak 100000 orang telah terkorban dan 150000 orang telah cedera. Peperangan ini telah menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian. Perang ini menjadi pemula penting kepada Asoka yang mula memeluk agama Buddha.  

B. Perundangan
Kitab Dharma Sastra merupakan undang-undang Hindu tertua. Raja dipertanggungjawab untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang. Segala hukuman dikenakan berdasarkan keseriusan kesalahan tersebut.
Golongan Brahmin merupakan golongan domianan dalam urusan undang-undang kerana mereka mahir tentang hukum-hakam.

Pada zaman Dinasti Maurya, titah dan perintah raja telah diukir pada tiang batu yang dikenali sebagai Tiang Asoka. Beliau mengamalkan konsep kesejahteraan rakyat dalam menegakkan pemerintahan yang adil.








C. Perluasan Kuasa
Chandragupta Maurya telah menguasai seluruh India Utara. Bindusara pula meluaskan empayar ke selatan India. Asoka tidak menekankan kekuatan ketenteraan. Beliau menggunakan dasar yang lembut dan terbuka dengan memberikan penekanan kepada agama Buddha.

D. Peningkatan Ekonomi
Pusat perdagangan didirikan dalam menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Pelabuhan menghubungkan India dengan negara luar.
Persatuan perdagangan dan perusahaan (sresthin) ditubuhkan untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja. Mata wang emas telah digunakan pada zaman Gupta. Pelbagai jenis cukai dikenakan untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

E. Peningkatan Sosial

  • Pendidikan

Pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan agama Hindu didominasi oleh kaum lelaki. Mereka wajib menghafal kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit. Agama Hindu berteraskan manusia menghadapi hari selepas mati dan nilai-nilai murni. Kolej Brahmin telah menyediakan pendidikan tinggi berserta juga dengan kelahiran universiti agama Buddha, Nalanda.

  • Falsafah

Falsafah bersumberkan kitab Veda dan menolak kitab Veda berbentuk pemikiran yang besar.

  • Sains dan Teknologi

Sains dan teknologi ialah cabang pengetahuan Vedik yang dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik pula berasal daripada konsep geometri yang telah melahirkan sistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.

  • Seni Bina

Terdapat pelbagai bangunan dan binaan yang istimewa telah dibina di India. Kehidupan masyarakat banyak berkaitan dengan agama. Oleh itu, kebanyakan bangunan berunsurkan keagamaan.

Great Bath










Kuil di Gua Ajanta

















  • Bahasa dan Kesusasteraan

Masyarakat berkembang daripada 2 kelompok berbeza, Dravidia dan Indo-Arya. Masyrakat Indo-Arya melahirkan Zaman Vedik berdasarkan Bahasa Sanskrit.
Epik Mahabharata dan Ramayana adalah antara epik terkenal di India.


F. Sistem Sosial
Tamadun India terbahagi kepada 4 sistem kasta, Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra, mereka mempunyai tanggungjawab yang berbeza.


Tamadun China
Perluasan kawasan bermula dengan kemunculan Dinasti Chin dengan kelahiran empayar pertama.

Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin. Beliau meluaskan wilayah jajahan takluknya hingga ke Sungai Merah di Vietnam.
Nama asal Shih Huang Ti ialah Raja Chen. Peranan utama beliau ialah menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan takluk China.












A. Pemerintahan dan Pentadbiran
Pemerintahan China berbentuk sistem feudal yang berbentuk sistem pemerintahan berpusat. Konsep raja bertukar menjadi maharaja dengan kelahiran empayar. Sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi yang terdiri daripada pegawai yang dilantik dalam kalangan rakyat. Satu sistem peperiksaan awam dikenali sebagai Hon Kao Tsu diadakan dalam pelantikan pegawai.

B. Perundangan
Han Fei Tzu telah memperkenalkan falsafah legalisme yang merupakan hukuman berat dan bercorak kolektif. Falsafah tersebut menyatakan undang-undang yang tegas dan kukuh dapat menawal tingkah laku manusia. Mereka tidak harus wujud rasa belas kasih. Namun, falsafah ini ditentang oleh Confucius yang menyatakan keperluan raja mempunyai pekerti yang baik dan menjaga keharmonian manusia.

C. Perluasan Kuasa
Shih Huang Ti telah berjaya menyatukan kerajaan kecil di China. Beliau menghapuskan kuasa golongan bangsawan dan melantik gabenor dan panglima tentera dalam pentadbiran.

Tembok Besar China dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin sepanjang 5000km dengan kelebaran 4.5m~9m dan ketinggian 7.5m. Pada Dinasti Ming, tembok ini dipanjang sepanjang 6400km. Tembok Besar China berfungsi untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang Hun dan orang gasar.  





Selepas kejatuhan Dinasti Chin, Dinasti Han muncul sebagai pentadbir. Maharaja Han Wu Ti atau Maharaja Tentera telah memperluaskan kawasan takluk melalui angkatan tentera yang besar dan kuat. Keamanan dan kemakmuran negeri China telah tersebar luas ke negara lain.









D. Peningkatan Ekonomi
Pelbagai kemajuan telah berlaku dalam bidang pertanian, perdagangan, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching, alat pertanian telah dicipta dan sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Pembinaan sistem pengairan seperti terusan telah dilaksanakan untuk mengawal banjir. Perusahaan logan dan perusahaan tembikar berkembang pada Dinasti Han dan didagang ke luar negara.
Tamadun China telah mencipta kolar kuda untuk menarik kenderaan serta beban. Kolar kuda yang diperkenalkan dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan serta mencekik kuda.
Hubungan perdagangan antara China dengan India dan Barat terjalin pada peringkat awal melalui jalan darat. Jalan tersebut dikenali sebagai Jalan Sutera Darat. Jalan ini merentas dari barat ke kawasan Asia Tengah ke India dan China.
Jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat telah dihubungkan melalui Jalan Laut pada Dinasti Tang. Jalan Laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh. Kapal yang belayar dari Barat singgah di India kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, sama juga dengan kapal dari China dan India. 
Persatuan Perdagangan yang ditubuhkan telah melahirkan kelas pertengahan yang besar berikutan dengan perkembangan sistem pengangkutan.

E. Peningkatan Sosial

  • Pendidikan

Tunjuan utama pendidikan diberikan adalah untuk lulus dalam peperiksaan awam kerajaan. Pendidikan terbahagi kepada tahap rendah, menengah dan tinggi. Pada pendidikan rendah, mereka tertumpu pada kegiatan menghafal dan mengenal tulisan ideogram dan buku suci tanpa mengenal maksud. Karangan dan sasteran menjadi tumpuan pada peringkat sekolah menengah dan pada peringkat tinggi pula bertumpu pada penterjemahan buku suci.
Peperiksaan awam diadakan untuk memilih para pentadbir. Peperiksaan awam terbahagi kepada 3 tahap, Hsiu Tai, Chun-Jen dan Chin Shih. Hsiu Tai setaraf dengan ijazah pertama, Chun-Jen setaraf dengan sarjana dan Chin Shih setaraf dengan doktor falsafah. Peperiksaan tahap pertama diadakan di daerah dua kali dalam tempoh tiga tahun, tahap kedua pula diadakan di ibu kota sekali tiga tahun dan tahap ketiga diadakan di ibu kota empayar tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah sistem yang tertua di dunia.

  • Falsafah

Falsafah China menekankan hal kemanusiaan. Sumber falsafah seperti Kung-Fu Tze dan Confucius, ajaran pula terdapat Confucianisme, Lao tze, Taoisme dan Mo Tzu.
Confucianisme menekankan keperimanusiaan dan maruah diri. Ajaran ini mengutamakan kesopanan dan kesusilaan di samping menggalakkan hubungan baik sesama manusia.
Taoisme pula menegaskan konsep keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam dan masyarakat.
Mo Tze ataupun Motze atau Mencius menolak ajaran Confucianisme dengan memikirkan cara melahirkan masyarakat dan politik yang baik adalah pengaruh alam sekitar.

  • Sains dan Teknologi

Ilmu perubatan diperkenalkan dalam tamadun China berunsurkan konsep keseimbangan antara dua kuasa. Yin dan Yang.
Tamadun China juga mencipta teknologi membuat kertas, tembikar, kapal layar dan perahu. Ilmu pelayaran ditingkatkan mampu mencipta kapal atau perahu yang lebih besar.
Teknologi membuat kertas diperkenalkan oleh Chai Lun. Beliau mencampurkan bahan mentah yang dicincang menjadi pulpa dan diratakan pada skrin poros, kemudian dikeringkan dalam kepingan yang tipis.

  • Seni Bina

salah satu seni bina yang agung ialah pembinaan Tembok Besar China. Pelbagai tembok dibina di tamadun China. Setiap tembok terdapat pintu gerbang. Kawasan di dalam tembok terdapat kediaman maharaja.


Kuil merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu, dan pusat pemujaan.



















Pagoda terdiri daripada pelbagai bentuk dan tingkat.













  • Bahasa dan Kesusasteraan

Tamadun China mempunyai 7 dialek. Pelbagai buku sastera dan karya seperti prosa yang meliputi pelbagai aspek ilmu. Sastera China seperti sajak dan cerpen mewajibkan seseorang terpelajar mampu bersajak dalam melahirkan pengetahuan dan pemikiran.

F. Sistem Sosial
Golongan pertama masyarakat China terbahagi kepada pentadbir, diikuti dengan rakyat bawahan dan golongan hamba. Confucius pula membahagikan China kepada 4 kelas utama, sarjana, petani, golongan tukang dan pedagang. Strata masyarakat China bersifat tegar dan setiap individu boleh menukarkan kelasnya kepada kedudukan yang baik melalui pendidikan.

15 ulasan:

  1. tq beribu2 tq nota ini sangat membantu saya

    BalasPadam
  2. Tambah lagi nota kejayaan alexander the great ☺😄😃😀😊😍😉😛😳😁😚😋😆😮😏

    BalasPadam
  3. thanks!it really help me for my project!btw thanks again^^keep do good info about sejarah^^

    BalasPadam
  4. hebat....GILERRRRR.....I LOVE U VERY MUCH....;)

    BalasPadam
  5. Rate 5star

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..Boleh ambil ke ni?

    BalasPadam
  7. kebanyakan artikel & notes banyak kepada ciri2 dan sumbangan.. Boleh x admin blog nyatakan, ulaskan kejatuhan/keruntuhan tamadun mesapotamia sahaja. Kebanyakan maklumat dalam internet berkisargenerally 'kejatuhan sesuatu tamadun'

    BalasPadam
  8. kebanyakan artikel & notes banyak kepada ciri2 dan sumbangan.. Boleh x admin blog nyatakan, ulaskan kejatuhan/keruntuhan tamadun mesapotamia sahaja. Kebanyakan maklumat dalam internet berkisargenerally 'kejatuhan sesuatu tamadun'

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas usaha murni ini. Semoga usaha ini diteruskan.

    BalasPadam
  10. It's very good notes. thanks.... :)

    BalasPadam