Agama & Kepercayaan

Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia
Agama ialah suatu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang. Agama merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.Justeru, agama dan ajaran telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan manusia. Agama dan ajaran tersebut telah pun lahir dalam tamadun awal dunia.
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
  • Perlakuan
    seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
  • Sikap
    seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
  • Pernyataan
    seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
  • Benda-benda material
    yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (sila lihat dibawah)
Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.
Di India terdapat penganut Hindu dan kemudiannya Buddha. Dalam tamadun awal China pula lahir Confucianisme dan Taoisme. Kemudian, Palestin muncul agama Kristian dan pada tahun 610 M. lahir juga agama Islam di negeri Makkah.


Agama Hinddu

Tuhan Siva
Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenalpasti pengasas-pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme. Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.
Perkataan Hindu pada mulanya adalah merujuk kepada masyarakat yang tinggal di Sungai Sinddhu (Indus). Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi utama, iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva). Agama ini mempunyai enam aliran iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram serta Saura.
Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting serta memaparkan dominasi golongan Brahmin. Meskipun demikian, agama ini kerap mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka.Penganut agama Hindujuga mempercayai Hukum Karma yang tersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap itu akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan dilahirkan lagi ke dalam dunia ini. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu berbuat baik semasa hidupnya agar seseorang itu dapat mencapai Moksya.


Gautama Buddha
Agama Buddha

Agama Buddha adalah diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha. Kewujudan agama ini kerap dirujuk sebagai penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi golongan Brahmin dalam soal agama dan kehidupan. Sistem kasta yang dilihat adalah begitu tegar dan telah dianggap menjadikan masyarakattidak teratur. Hal ini memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha untuk berusaha mencari kebernaran.
Agama Buddha mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan agama Buddha. Pada zaman ini Buddha bukan sahajamenjadi agama rasmi kerajaan Maurya tetapi juga mengalami perkembangan yang pesat kesan daripada dasar penghantaran mubaligh ke luar negara. Agama Buddha juga menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci. Kitab tripitaka mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.
Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.
Śākyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat banyak Buddha akan dilahirkan selepas Śākyamuni dan banyak Buddha dilahirkan sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).

Empat kebenaran mulia dalam agama Buddha
i)   Dukka atau penderitaan
ii)  Samudaya atau sebab penderitaan
iii) Nirodha, iaitu nafsu yang membawa penderitaan
iv) Marga, iaitu cara memadamkan nafsu dan keinginan


Agama Kristian

Agama Kristian mengaku Yesus menjadi Kristus.
 
Yesus · Masihi
Kelahiran dara · Penyaliban · Kebangkitan · Easter · Yesus Kristus
Asas
Apostles · Gereja · Kepercayaan · Injil · Kerajaan · Perjanjian Baru
Bible
Perjanjian Lama · Perjanjian Baru ·
Kitab-kitab · Kanun · Apokrifa
Teologi
Pembelaan suatu pendirian · Pembaptisan · Kristologi · Bapa · Anak · Roh Kudus ·
Sejarah teologi · Keselamatan · Tritunggal · Perjamuan Suci
Sejarah dan tradisi
Garis masa · Maria · Peter · Paul ·
Bapa-Bapa · Awal · Constantine yang Hebat ·
Persidangan Kristian · Missions ·
Perpecahan Timur-Barat · Perang Salib ·
Reformasi Protestan
Denominasi dan gerakan
Templat:Christian denominations
Topik umum
Seni · Kritikan · Ekumenisme · Tahun liturgikal · Liturgi · Muzik · Agama lain · Sembahyang · Khutbah · Simbolisme
P christianity.svg Portal Kristian


Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: יהושע, Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Jesus Christ (ketua agama Kristian)

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),
Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

Sebelum kedatangan agama Kristian, masyarakat Eropah adalah pagan, iaitu masyarakatnya tidak mempercayai atau menganuti sebarang agama utama dunia. Kemudian, Constantine telah mengiktiraj agama Kristian sebagai salah satu ajaran dan agama yang bebas. Seterusnya, masyarakat pun juga menerima agama Kristian dan Eropah telah menjadi sebuah empayar Kristian yang agung.

Agama Islam


Kaabah
Agama ini adalah diwahyu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 6 Ogos tahun 610 M. melalui malaikat Jibril di Gua Hira. Dalam proses penyebaran Islam, telah berlaku beberapa pertentangan daripada orang Quraisy Makkah. Baginda menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah untuk melindungi Islam daripada terus ditekan pada 12 September, 622 M.  
Terdapat dua teras dalam agama Islam, iaitu akidah dan syariah. Akidah ialah keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam. Orang Islam juga wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam.

Sebahagian dari siri berkaitanAllah-eser-green.png
Islam
Rukun Iman
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji
Kota Suci
Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri • Aidiladha
Hukum
Al-Quran • Sunnah • Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik
Lihat juga
Kritikan • Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p  b  s 
Islam (Bahasa Arab: الإسلام; al-'islām ; disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: الله‎, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.
Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia


al-Quran

Kandungan Rukun Iman
-kepercayaan kepada Allah s.w.t.-percaya 
 kepada malaikat
-percaya kepada kitab-kitab
-percaya pada para nabi dan rasul
-percaya pada hari kiamat
-percaya kepada qadha dan qadar

Kandungan Rukun Islam
-pengakuan ‘tiada Tuhan yang disembah 
 melainkan Allah dan nabi Muhammad itu 
 pesuruh Allah’
-menunaikan solat lima waktu sehari semalam
-wajib berzakat
-berpuasa pada bulan Ramadhan
-menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu


Confucianisme




Confucius
 
Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai satu kepercayaan dan tokoh confuciuse telah disembah sebagai sebuah dewa yang penting. Ajaran ini menekankan kepentingan prinsip moral yang tinggi seperi keperikemanusiaan (ren), Kesusilaan (li) serta ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Seseorang harus mendapat pendidikan untuk mencapai ketinggian moral ini.

Confusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
Diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

Ajaran Konfucius :
  1. Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
  2. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
  3. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
Ia dikembangkan oleh muridnya Mencius ke seluruh China dengan beberapa perubahan. Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luarbiasa kepada Konfucius telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.

 Kata khidmat Konfucius mengenai Hidup Peribadi dan Keluarganya
Pada 30, Saya ambil dirian saya; (三十而立)
Pada 40, Saya tidak ada lagi keraguan; (四十不惑)
Pada 50, Saya mengetahui takdir syurga; (五十而知天命)
Pada 60, telinga saya dibiasakan; (六十而耳順)
Pada 70, Saya mengikut semua kemahuan hati saya tanpa melanggar sebarang peraturan. (七十而從心欲,不踰矩)

Taoisme
Lao Tze

Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Seperti Confuciuse, Loa Fu Tze juga telah menggembara keluar kawasanuntuk menyebarkan pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku Tao Te Ching yang mengandungi idea aflsafah Taoisme. Taoisme yang pada awalnya berbentuk falsafah kemudiannya bertukar menjadi ajaran berbentuk agama. Ajaran ini menasihati seseorang supaya tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku atau wu-wei.
Istilah Taoisme merujuk kepada tiga perkara yang amat berbeza:
  1. sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi;
  2. sekeluarga gerakan agama Cina yang terancang, seperti mazhab-mazhab Zhengyi ("Ortodoksi") dan Quanzhen, yang pada keseluruhannya boleh dikesan sehingga Zhang Daoling pada akhir Dinasti Han; atau
  3. agama kebanyakan orang Cina

  1. Tao Te Ching
    Aksara Cina Tao atau Dao ("Laluan").

    "Daode Jing"
    Tulisan Cina Tradisional道德經
    Tulisan Cina Mudah道德经
    PinyinDào Dé Jīng
    Wade-GilesTao Te Ching
    Terjemahan tajuk Wade-Giles menjadi paling berpengaruh pada akhir abad ke-19, dan masih amat biasa digunakan di Taiwan serta dalam bidang akademik antarabangsa, tetapi Republik Rakyat China telah menyebarluaskan skim transliterasi pinyin yang menyebabkan perumian tajuk sebagai Daode Jing. Oleh sebab edisi-edisi bahasa Inggeris untuk buku itu menjadi terkenal sebelum perkembangan pinyin, transliterasi tajuk Wade-Giles telah menjadi kekal, dan hampir kesemua edisi-edisi buku bahasa Inggeris terkini menggunakan tajuk Tao Te Ching.
    "Tao Te Ching", seni khat oleh Gia-Fu Feng
    Daode Jing (bahasa Cina: 道德經 [Listen ] ) ialah sebuah buku teks klasik Cina yang, menurut tradisi, ditulis di sekitar 600 SM oleh Laozi, seorang penyimpan rekod di dalam Istana Maharaja Dinasti Zhou. Buku ini merupakan sebuah susunan pepatah yang mempunyai tema yang serupa. Ramai orang telah menganggap bahawa Daode Jing mengandungi beberapa kebenaran sejagat yang telah disedari secara berasingan oleh falsafah-falsafah yang lain, baik agama mahupun duniawi. Ketulenan tarikh penulisan ataupun penyusunan serta pengarangnya masih diperdebatkan.
    Versi bahasa Cina yang asal ditulis dengan tulisan Zhuan Shu dalam format skrol (kertas ataupun buluh), sedangkan versi-versi kemudian ditulis dengan tulisan Li Shu atau Kai Shu. Dalam bentuk terkini, Daode Jing mengandungi dua bahagian (Dao, yang terdiri daripada bab 1–37; dan Te, bab 38–81), dan menggunakan kira-kira 5,000 aksara Cina. Setiap bab agak pendek, dan menggunakan tidak banyak aksara untuk menggambarkan gagasan-gagasan yang seringnya amat rumit dalam gaya puisi.







1 ulasan:

  1. nota yang sangat lengkap. amat membantu saya.. terima kasih cikgu..

    BalasPadam