Kelas S4E:
1. Celine Khoo Swee May (4)
"Saya telah banyak mempelajari tentang prasejarah di dunia kita melalui proses menyediakan blog ini. Melalui proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat-maklumat yang diperoleh, saya telah mendalami pengetahuan Sejarah saya. Maklumat-maklumat yang diperoleh tidak terhad dalam buku teks sahaja. Dengan ini, saya lebih menyajungi manusia yang hidup semasa Zaman Prasejarah kerana mereka memang kreatif dan inovatif."
2. Gan Jia Min (11)
"Dalam proses menyediakan blog sejarah ini, pelbagai ilmu telah saya belajar mengenai sejarah dunia. Tidak hairanlah negara tersebut dapat berkembang sebagai kuasa besar di sejarah dunia. Saya mendapati bahawa sesebuah negara bermula dengan zaman prasejarah dan pelbagai proses peningkatan barulah negara tersebut dapat muncul sebagai negara yang maju. Projek ini membolehkan saya belajar sejarah lebih efisien dan menarik. Saya juga dapat mendalamkan ilmu tentang bangunan dan latar belakang sesebuah negara dengan lebih mendalam."
3. Tan Hoong Yunn (27)
"Melaui penyediaan blog ini, saya berpeluang menimba lebih ilmu pengetahuan mengenai sejarah-sejarah penting yang berlaku di dalam dunia ini. Saya turut dapat memahami dengan lebih mendalam tentang cara hidup manusia pada masa dahulu dan sumbangan golongan pemimpin terhadap pembangunan negara masing-masing. Keadaan ini telah mempengaruhi saya supaya bersyukur terhadap pengorbanan para pemimpin yang berkaliber pada masa dahulu."
4. Yeoh Cin Cin (38)
"Saya telah memperoleh banyak pengetahuan tentang topik yang telah saya buat. Saya berasa syukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang sentiasa menolong saya dan bekerjasama dengan saya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan